HARI TERBUKA LOJI RAWATAN AIR GEMAS

 

 waterday

Gemas, 18 April 2017 : Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (SAINS) telah mengadakan Hari Terbuka Loji Rawatan Air Sempena Sambutan Hari Air Sedunia 2017 bertempat di Loji Rawatan Air (LRA) Gemas, Tampin. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Y.B. Dato' Abdul Razak Bin Ab Said merangkap ADUN Gemas. Turut hadir pada program berkenaan ialah Tuan Haji Wan Rasdi Bin Wan Ismail, Pengarah SAINS, Tuan Haji Zulkifli Bin Ibrahim, Pengurus Besar SAINS, Tuan Haji Mohamed Roduan Bin Ujang, Pegawai Daerah Tampin, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan serta Pengurusan Kanan SAINS.

Penglibatan pelajar dari 7 buah sekolah berhampiran seramai 280 orang dan hampir 50 orang pelajar Tadika Kemas yang diundang sama dalam aktiviti mewarna.

Pelbagai aktiviti diadakan seperti lawatan ke loji bagi melihat sendiri kaedah pemprosesan air mentah serta pameran dari pelbagai jabatan kerajaan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Alam Sekitar, Bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan agensi swasta seperti Indah Water Konsortium (IWK), SWM, SWCorp, Forum Air dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Program berakhir dengan jayanya pada jam 1.00 tengah hari.

Casino sites http://gbetting.co.uk/casino with welcome bonuses.