LAPORAN KHAS : BENCANA DI LINGGI

22 NOVEMBER 2018, KHAMIS

Keadaan tebing Sg. Linggi yang runtuh di Linggi akibat hujan yang lebat turun pada pagi hari berkenaan.

 

WhatsApp Image 2018-11-25 at 10.28.36 AM  WhatsApp Image 2018-11-25 at 10.28.37 AM 

 Pam air mentah di Loji Rawatan Air (LRA) Linggi diberhentikan berikutan keadaan tidak mengizinkan.

 

23 NOVEMBER 2018, JUMAAT

   WhatsApp Image 2018-11-25 at 10.30.18 AM WhatsApp Image 2018-11-25 at 10.30.54 AM

Gangguan bekalan air mula berlaku di tiga (3) buah daerah iaitu sebahagian kawasan Port Dickson, Rembau dan Seremban.

SAINS telah mengeluarkan makluman melalui portal rasmi SAINS, www.sainswater.com dan notis penutupan sementara diedarkan melalui pelbagai kaedah media, portal, aplikasi whatsapp dan email.

Unplanned 221118  LRA Linggi Page 1  Unplanned 221118  LRA Linggi Page 2

Tanker-tanker SAINS dari semua daerah digerakkan ke Port Dickson bagi membantu kawasan gangguan.

Dalam masa yang sama, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah mengaturkan bantuan dari seluruh operator air Malaysia untuk menghantar bantuan lori tanker ke Negeri Sembilan bagi membantu SAINS.

Pusat Tindakan Kontigensi (PTK) dibuka di Bilik Operasi SAINS Port Dickson bagi mengaturkan perjalanan tanker dan penjadualan tangki statik di kawasan gangguan.

Rakan operator air mula datang membantu SAINS bersama dengan tanker mereka secara berperingkat. 

Makluman berkenaan jangkaan tempoh gangguan dikemaskinikan di dalam portal sains dan Facebook Pusat Khidmat Pelanggan SAINS bagi membantu pengguna sekitar kawasan gangguan maklum bahawa tempoh gangguan melebihi 48 jam.

 WhatsApp Image 2018-11-24 at 12.21.32 PM WhatsApp Image 2018-11-25 at 11.07.03 AM
 WhatsApp Image 2018-11-24 at 2.08.23 PM 1  WhatsApp Image 2018-11-25 at 11.07.04 AM

 

24 NOVEMBER 2018, SABTU

Tanker-tanker mula memasuki keseluruhan kawasan gangguan di Port Dickson dan Seremban membantu membekalkan bekalan air kepada pengguna yang memerlukan lebih lagi kepada mereka yang  menganjurkan majlis/ kenduri atau kematian.

Tangki-tangki statik turut dijadualkan dan ditempatkan di kawasan-kawasan utama seperti surau, masjid, pasar dan pekan. Pada yang memerlukan bekalan, pengguna boleh juga menghubungi SAINS di talian 1-800-88-6982.

Dalam masa yang sama, SAINS telah membuat hebahan media berkenaan persediaan SAINS menghadapi isu gangguan ini.

Di LRA Linggi, Pengarah SAINS bersama-sama Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut mengadakan sidang media untuk memberikan maklumat lanjut dan terkini untuk makluman semua pihak terutamanya kepada pengguna.

WhatsApp Image 2018-11-25 at 11.07.05 AM   pr linggi WhatsApp Image 2018-11-24 at 12.01.03 PM 
WhatsApp Image 2018-11-24 at 12.01.04 PM  WhatsApp Image 2018-11-24 at 11.38.59 AM   WhatsApp Image 2018-11-24 at 12.44.36 PM

 

 

25 NOVEMBER 2018, AHAD

Keadaan terkini ditapak runtuhan Sungai Linggi telah siap diperbaiki.

LRA Linggi telah beroperasi selepas kerja-kerja selenggara selesai.

Bekalan air akan pulih sepenuhnya pada hari ini.

WhatsApp Image 2018-11-25 at 10.32.14 AM  WhatsApp Image 2018-11-25 at 10.32.15 AM 

MAKLUMAT TERKINI : 25 NOVEMBER 2018, AHAD - 11.50 PAGI

TEBING SG. LINGGI RUNTUH SEMULA.

 WhatsApp Image 2018-11-25 at 11.46.22 AM

 

25 NOVEMER 2018, AHAD

Penutupan semula LRA Sg Linggi berikutan kejadian berulang tebing runtuh di Sg Linggi.

SAINS memaklumkan bahawa gangguan bekalan air akan berlanjutan melebihi 48 jam lagi mulai 25 November 2018.

Bantuan bekalan air akan diteruskan dengan penghantaran lori tangki serta penempatan tangki statik di kawasan- kawasan terlibat.

Kerjasama daripada pengguna SAINS amat diharapkan buat masa ini.

SAINS memohon maaf atas perkara ini. Segala kesulitan amat dikesali.

 

IMG 2236  IMG 2237

 

26 NOVEMBER 2018, ISNIN

Kerja-kerja ditapak sedang giat dilaksanakan. Melalui sidang media bersama Y.A.B. Tuan Haji Aminuddin Bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan dimaklumkan bahawa bekalan air dijangka akan pulih secara berperingkat esok 27 Nov 2018 bergantung pada keadaan dan cuaca.

46876600 1913108802108066 3580085210944897024 n 46804831 1913109028774710 6715567798388523008 n
46623861 1913108872108059 5934351021483491328 n 47002165 1913109155441364 4898665412339695616 n

27 NOVEMBER 2018, RABU


Makluman terkini LRA Sg. Linggi telah mula beroperasi seperti biasa dan kerja-kerja pengukuhan tebing telah siap dilaksanakan.

Bekalan air telahpun mula disambungkan kepada kawasan pengguna hampir 70% di kawasan Port Dickson dan 90% di Seremban. Keadaan akan pulih secara berperingkat bagi keseluruhan kawasan. Walaubagaimanapun, bagi kawasan-kawasan tinggi dan di penghujung sistem retikulasi, SAINS masih akan menghantar bantuan melalui lori tangki sehingga petang ini.

p.r linggi 27 nov 18  42e39124-b999-4d57-afec-4d81e547c9ed
48e4728b-dd52-454b-86de-86b11f3546a0 1963be67-21ae-4128-9705-26daa1a1c1fc

 

MAJLIS MAKAN MALAM KESYUKURAN SYARIKAT AIR NEGERI SEMBILAN SDN. BHD. TANDA PENGHARGAAN KEPADA RAKAN OPERATOR AIR.

IMG 2785   IMG 2814  IMG 2831
 IMG 2901  IMG 2906  IMG 2915
Casino sites http://gbetting.co.uk/casino with welcome bonuses.