![]() |
![]() |
29.9.2022, Khamis, Empangan Gemencheh
Lawatan YB Dato' Dr. Razali bin Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sasaran Penting Negeri Sembilan ke Empangan Gemencheh sebagai salah satu rangka kerja Pemeriksaan Keselamatan Kawasan Sasaran Penting di bawah Jawatankuasa Kecil Pemeriksaan Keselamatan Sasaran Penting (JKPKSP).
Pihak lain yang terlibat dalam program ini adalah Majlis Keselamatan Negeri (MKN), Badan Kawal Selia Air (BKSA), Pejabat Daerah dan Tanah Tampin, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) dengan kerjasama BOMBA, APNM dan PDRM.
Antara aturcara yang dijalankan dalam program lawatan ini adalah YB Dato' diberikan taklimat oleh pihak BKSA, MKN dan SAINS berkenaan isu-isu berkaitan keselamatan di empangan.
Disamping itu jemputan diberi peluang untuk bersama-sama YB Dato' menaiki bot yang disediakan oleh BOMBA dan APNM bagi meninjau kawasan sekitar empangan.
Majlis berakhir dengan makan tengah hari di LRA Gemencheh.