BANTUAN LORI TANGKI AIR SAINS KEPADA AIR SELANGOR

KENYATAAN MEDIA
SYARIKAT AIR NEGERI SEMBILAN (SAINS)

20 JULAI 2019

BANTUAN LORI TANGKI AIR SAINS KEPADA AIR SELANGOR

Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) akan menghantar 2 buah lori tangki berkapasiti 2,000 galen setiap satu bagi membantu Air Selangor susulan pencemaran bau yang berlaku di Sungai Selangor semalam (19 Julai 2019) dan telah menyebabkan 3 loji utama di Selangor iaitu SSP1, SSP2 dan SSP3 dihenti tugas.

SAINS akan sama- sama membantu rakan Air Selangor yang lain dalam membuat pengagihan bekalan air ke kawasan terjejas di sekitar Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat yang melibatkan kira-kira 1,166,842 akaun.

Usahasama ini adalah selaras dengan Memorandum Persefahaman Antara Operator di Malaysia.

Semoga dengan usaha SAINS ini dapat membantu Air Selangor dalam menangani isu permasalahan bekalan air ini.

TAMAT

NORZITA ISMAIL
KETUA BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM SAINS

Casino sites http://gbetting.co.uk/casino with welcome bonuses.