Ops Serbuan Curi Air - 29 Julai 2019

29 Julai 2019
SEREMBAN, N.SEMBILAN
SIARAN AKHBAR

OPERASI SERBUAN KES CURI AIR OLEH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA (SPAN) & SYARIKAT AIR NEGERI SEMBILAN SDN. BHD. (SAINS) DI SEREMBAN PADA 29 JULAI 2019

 
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (SAINS) bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah menjalankan serbuan kes curi air ke atas sebuah premis yang disyaki di Seremban pada 29 Julai 2019. Operasi serbuan diketuai oleh pegawai SPAN iaitu Mohd Fadzill bin Othman dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan SPAN (BSP SPAN) dan Unit Penguatkuasaan SAINS.

Serbuan dijalankan pada jam 9.30 pagi ke atas sebuah tapak pembinaan projek perumahan yang sedang dibina di Sendayan. Siasatan tapak mendapati penghuni premis melakukan penyambungan tidak sah tanpa melalui sebarang meter dengan menggunakan paip jenis High Density Polyehtlene (HDPE) bersaiz 32mm. Siasatan lanjut mendapati akaun premis telah dikenakan tindakan pemotongan pada 10 Julai 2019 akibat tunggakan yang tinggi. Anggaran kerugian yang ditanggung SAINS akibat penyambungan tidak sah ini adalah melebihi RM19,000.00

Sumber bekalan air melalui penyambungan tidak sah itu didapati digunakan di beberapa point penyambungan untuk kegunaan harian pekerja di rumah kongsi, kantin dan lima buah tangki simpanan air.
Kes disiasat di bawah Seksyen 89 (9) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006. Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM50,000.00 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Pegawai penguatkuasa SAINS turut menjalankan ujian klorin di lokasi berkenaan dan terbukti bekalan air yang digunakan adalah air terawat milik SAINS. Pihak SPAN telah menyita semua pepasangan dan punca sambungan yang dibuat sebagai bahan bukti dan mengeluarkan notis makluman kesalahan kepada para penghuni premis berkenaan. Operasi tamat pada jam 12.30 tengahari.

SAINS akan terus mempertingkatkan pemantauan serta penguatkuasaan terhadap kegiatan curi air di seluruh Negeri Sembilan tanpa mengira kes yang melibatkan pengguna komersil mahupun domestik. Tindakan tegas ini merupakan salah satu langkah berterusan dalam mengurangkan kadar kehilangan air tidak berhasil atau pun Non Revenue Water (NRW).

SAINS terlebih dahulu ingin mengucapkan terima kasih di atas bantuan dan kesedaran masyarakat bersama-sama membantu SAINS dalam usaha mengurangkan kes curi air di negeri ini. Justeru, para pengguna yang mempunyai maklumat atau ingin melaporkan sebarang kes curi air boleh menghubungi talian bebas tol SAINS 1-800-88-6982. Setiap maklumat peribadi pemberi maklumat akan dirahsiakan oleh pihak SAINS.

-Tamat-

Untuk sebarang maklumat/pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Hjh. Norzita Bt. Ismail
Ketua Bahagian Perhubungan Awam

Casino sites http://gbetting.co.uk/casino with welcome bonuses.