UNIT PENGUATKUASAAN & PENGURUSAN METER

JAWATAN : JURUGEGAS JG17A
TARAF : TETAP
KEKOSONGAN : SATU (1)
JULAT GAJI : RM 1,245.00 ( MIN.) – RM 3,050.00 (MAX.)

Syarat-syarat kelayakan :

• Warganegara Malaysia
• Mempunyai kelulusan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
• Berpengalaman sekurang-kurangnya dua (2) tahun dalam bidang berkaitan.
• Berkemahiran dalam penggunaan komputer: Microosft Word, Excel dan Powerpoint.
• Mengutamakan mutu dan hasil kerja serta boleh bekerja dalam kumpulan.
• Boleh berkomunikasi dengan baik.
• Boleh bekerja dengan pengawasan minima, jujur serta bertanggungjawab.

Deskripsi Tugas :

• Menerima dan merekod aduan daripada orang awam atau mana-mana sumber berkenaan kesalahan-kesalahan yang dilakukan dibawah peruntukan AIPA 2006.
• Memanjangkan aduan berkenaan kesalahan-kesalahan yang dilakukan dibawah peruntukan AIPA 2006 kepada SPAN.
• Menjalankan pemeriksaan dan siasatan ke atas premis-premis yang diadukan melakukan kesalahan di bawah AIPA 2006.
• Mengumpul dan mengambil bahan-bahan bukti tanpa mencemarkan bahan bukti tersebut.
• Menghadiri mahkamah sebagai saksi bagai kes-kes siil dan pendakwaan.
• Menyediakan Laporan-laporan yang berkaitan
• Menuntut gantirugi kehilangan air daripada pesalah kes curi air.
• Membuat kerja-kerja yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa kesemasa.

Sesiapa yang berminat sila email / hantar permohonan lengkap dengan melampirkan personal resume beserta sijil-sijil yang telah disahkan dan gambar terkini berukuran passport pada atau sebelum 13hb Julai 2017 .

Permohonan yang tidak lengkap dan diterima selepas 13hb Julai 2017 akan ditolak.

Sila anggap permohonan anda tidak berjaya jika tidak menerima sebarang maklumbalas daripada kami selepas 3 bulan dari tarikh tutup permohonan.

Bahagian Sumber Manusia,
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd.,
Tingkat 2, Kompleks PKNNS,
Jalan Persiaran S2 B2,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Email :

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Casino sites http://gbetting.co.uk/casino with welcome bonuses.