MAJLIS BUKA PUASA BERSAMA MBNS
Majlis Berbuka Puasa Bersama YAB Dato’ Seri Hj. Aminuddin Bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan
6 Mei 2021/24 Ramadan 1442H - SAINS telah mengadakan satu majlis berbuka puasa bersama YAB Dato’ Seri Hj. Aminuddin Bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan bertempat di Masjid Dato’ Klana Petra, Undang Luak Sungei Ujong, Putra Nilai. Majlis turut dihadiri oleh YB Dato’ Mohd Khidir Bin Majid, Pegawai Kewangan Negeri dan Ir. Hj. Mohd Yazid Bin Hj. Ahmad, Pengarah SAINS.
Dalam majlis yang serba ringkas itu, penyerahan sumbangan turut diberikan kepada seramai 46 penerima yang terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal, asnaf, orang kelainan upaya, dan muallaf. Majlis telah diadakan dalam tempoh yang singkat dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.