MISI BANTUAN LORI TANGKI SAINS KE TERENGGANU

hantar air - satu

SAINS - MISI BANTUAN PENGHANTARAN LORI TANGKI KE DAERAH KUALA NERUS, NEGERI TERENGGANU

Jumaat, jam 10 pagi di Pejabat Operasi SAINS Jempol. Pelepasan lori tangki SAINS ke Terengganu disempurnakan oleh Pengurus Air Daerah Jempol, En Fadzly Othman.

SAINS sekali lagi menghantar bantuan lori tangki berkapasiti 1200 galen ke Terengganu setelah paip "pumping" 1200 mm di dasar Sungai Terengganu pecah semula menyebabkan penutupan penuh operasi di LRA Kepong 2 dan mengakibatkan gangguan bekalan air kepada lebih 28,700 akaun pengguna di sebahagian besar Daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

Oleh demikian dengan keprihatinan kerajaan Negeri Sembilan dan selaras dengan Memorandum Persefahaman Antara Operator, SAINS mengaturkan 2 orang kakitangan dari operasi SAINS Jempol untuk membantu SATU.

Semoga usaha SAINS ini dapat membantu SATU bagi meringankan beban pengguna di kawasan yang terjejas dalam masa yang mencabar sekarang ini dalam keadaan seluruh negara masih berperang melawan Covid-19.

Casino sites http://gbetting.co.uk/casino with welcome bonuses.