MISI BANTUAN LORI TANGKI SAINS KE TERENGGANU 2
9 September 2021, SAINS sehingga kini masih bersama-sama SATU sejak berlakunya insiden paip bersaiz 1200 mm pecah di dasar sungai Terengganu tempoh hari yang mengakibatkan gangguan kepada lebih 28,700 akaun pengguna di daerah Kuala Nerus dan sebahagian Kuala Terengganu. Team SAINS (sebuah lori tangki berkapasiti 1200 galen bersama dua orang kakitangan) telah berada di sana hampir dua minggu sejak 27 Ogos 2021 bagi bersama-sama membantu dalam proses agihan air terawat kepada penduduk kawasan yang terkesan akibat keputusan bekalan air akibat insiden tersebut.
Difahamkan melalui Sidang Media SATU pada petang ini, bekalan air bersih telah mula disalurkan secara berperingkat ke kawasan-kawasan pengguna yang terjejas. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan agar pengguna terlibat mendapat bekalan air bagi meneruskan aktiviti harian seperti biasa.