SAINS menganjurkan Majlis Perasmian Pusat Khidmat Pelanggan dan Pejabat Pengurusan SAINS Port Dickson pada 6 Disember 2021 yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Hj. Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.
Majlis turut meraikan pesara SAINS Tahun 2021 dengan memberikan saguhati berupa Sijil Simpanan Premium BSN bernilai RM1000 dan penyampaian bantuan pinjaman kewangan bagi pembelian komputer riba kepada kakitangan yang layak. Sebelum majlis berakhir YAB Menteri Besar turut menyampaikan sumbangan berupa sebuah kerusi roda kepada seorang kakitangan OKU SAINS daerah Port Dickson.
YAB Menteri Besar turut mengumumkan berita gembira kepada seluruh warga SAINS berkenaan pemberian bonus satu bulan gaji atau minimum RM2000 dan turut mengumumkan kenaikan gaji tahunan bagi tahun 2022 dari 3% - 4%.
#TerimaKasihYABMBNS
#AmanahIkhlasSyukur
#StaySafe