14 Februari 2022 - Majlis Menandatangani Perjanjian Kolektif Antara SAINS dan Kesatuan Pekerja-pekerja SAINS di Klana Resort, Seremban. Majlis dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Hj. Aminuddin Bin Hj. Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan. Majlis turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah SAINS, barisan Pengurusan Kanan SAINS dan AJK Tertinggi Kesatuan.