buka puasa kg. ladang

12 April 2022, Selasa : Majlis Berbuka Puasa SAINS di Masjid Kariah Kg Ladang, Gemas

Majlis diserikan dengan kehadiran YAB Dato' Seri Hj Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Pengerusi SAINS bersama-sama Yang Amat Berbahagia Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof.

Majlis turut dihadiri oleh Dato Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, Pengerusi Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), Abdul Hadi Ali, Ketua Pegawai Eksekutif PAAB dan Ir. Haji Mohd Yazid Haji Ahmad, Pengarah Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (SAINS), wakil SPAN serta Ketua- ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri.

Pengisian majlis YAB Dato' Seri dan Pengarah SAINS menghulurkan sumbangan duit raya kepada hampir 30 orang anak yatim dari Kg Ladang, Kg Londah dan Kg Bangkahulu.

Seterusnya YAB Dato' Seri memberikan sumbangan kepada 19 orang asnaf dari DUN Gemas serta bantuan kepada 5 agensi yang disenaraikan.

Pihak Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) melalui Pengerusinya turut menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi Masjid Kg Ladang.

Selesai majlis berbuka puasa majlis di akhiri dengan solat maghrib berjemaah sebelum Dato Seri meneruskan majlis di Masjid FELDA Pasir Besar.

Casino sites http://gbetting.co.uk/casino with welcome bonuses.