Lawatan CGSO
12 Jun 2023, Kuala Pilah
Lawatan Pemeriksaan Keselamatan Kawasan Sasaran Penting di bawah Jawatankuasa Kecil Pemeriksaan Keselamatan Sasaran Penting (JKPKSP) ke Empangan Talang dan Empangan Kelinchi, Kuala Pilah yang diketuai oleh En. Hazimi bin Hashim, Penolong Pengarah Keselamatan (CGSO) bersama wakil ahli dari Majlis Keselamatan Negeri (MKN), Badan Kawal Selia Air (BKSA), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sementara itu pihak SAINS diwakili oleh En. Azly bin Azahari, Ketua Jabatan Perkhidmatan Pentadbiran dan kakitangan dari Unit Sumber Air, Unit Kawalan Keselamatan dan Jabatan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar.
Ahli Jawatankuasa terlebih dahulu diberi taklimat berkenaan isu-isu berkaitan keselamatan di empangan di dewan Loji Rawatan Air (LRA) Sg. Terip, Seremban sebelum meneruskan perjalanan ke Empangan Talang dan Kelinchi.
Program berakhir dengan taklimat penutup di Empangan Kelinchi pada jam 1.30 petang.