16 November 2024 - Program Hari Kelestarian Alam Negeri Sembilan (HKANS) Tahun 2024 anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan bertempat di City Park, Seremban 2.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Turut hadir ke program ini adalah YB Tuan Teo Kok Seong, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perindustrian dan Hal Ehwal Bukan Islam dan YB Tuan Veerapan A/L Superamaniam, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan.
Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Ir. Hj. Mohd Yazid bin Hj. Ahmad mewakili SAINS menerima hadiah Tempat Pertama bagi Pertandingan KitaRecycle Pengumpulan bagi kategori Oganisasi (Recycling Point 30,000) dan menerima hadiah sebanyak RM1,500.00.
Turut hadir pada program tersebut ialah Pengurus Besar Kewangan & Perkhidmatan Korporat, Tuan Mohd Khairilnaim bin Osman.
Pelbagai lagi aktiviti menarik diadakan sempena program seperti Pelancaran Pusat Pandu Lalu KitaRecycle Port Dickson & Tampin.