Kunjungan Hormat Syarikat Air Melaka Berhad
Pihak SAINS pada hari ini menerima kunjungan hormat dari jiran rakan operator iaitu Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB).
YBhg. Dato’ Ir. Hj Mohd Yazid Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif SAINS telah berkesempatan untuk menyambut delegasi SAMB yang diketuai oleh YBhg. Datuk Mohd Saleh bin Jusman, Ketua Pegawai Elsekutif yang baru dilantik bersama beberapa orang pegawai kanan SAMB yang lain.
Di antara perkara yang dibincangkan bersama adalah perkongsian pengalaman dan pengetahuan dalam pengurusan bekalan air dan ruang dan peluang untuk berkerjasama pada masa akan datang.
Turut hadir bersama bagi pihak SAINS adalah Pengurus Besar Kewangan dan Perkhidmatan Korporat dan Ketua-ketua Jabatan yang berkaitan.
Semoga dengan perjumpaan ini akan mengeratkan lagi kerjasama di antara SAINS dan SAMB dalam meningkatkan lagi tahap perkhidmatan bekalan air yang memberi manfaat kepada pengguna di negeri masing-masing khususnya.