Jadual Penutupan Berjadual 2025
Penutupan Sementara Bekalan Air (Berjadual)
Dalam usaha untuk menambahbaik aset dan infrastruktur bekalan air, SAINS telah menetapkan satu tarikh bagi penutupan bekalan air berjadual untuk setiap bulan.
Ini bertujuan untuk mengurangkan kekerapan gangguan bekalan air akibat daripada penutupan yang dirancang. Kerja-kerja seperti pencucian, penyelenggaraan tangki, rumah pam, kolam, empangan dan juga pengalihan paip air akan dilaksanakan pada tarikh tersebut bagi menambahbaik dan meningkatkan mutu bekalan air kepada pengguna.
Walaubagaimanapun, tarikh perlaksanaan penutupan adalah tertakluk kepada pindaan terkini. Untuk makluman juga, SAINS akan sentiasa mengemaskini dan memaparkan notis-notis berkenaan penutupan sementara bekalan air bagi memudahkan para pengguna membuat persediaan awal.
Cadangan tarikh penutupan adalah seperti berikut:
Bil |
Tarikh Penutupan |
Hari |
Status |
1. |
07 Januari 2025 |
Selasa |
Telah dilaksanakan. |
2. |
15 April 2025 |
Selasa | Belum dilaksanakan. |
3. |
20 Mei 2025 |
Selasa | Belum dilaksanakan. |
4. |
17 Jun 2025 |
Selasa | Belum dilaksanakan. |
5. |
08 Julai 2025 |
Selasa | Belum dilaksanakan. |
6. | 12 Ogos 2025 | Selasa | Belum dilaksanakan. |
7. | 09 September 2025 | Selasa | Belum dilaksanakan. |
8. |
07 Oktober 2025 |
Selasa | Belum dilaksanakan. |
9. | 11 November 2025 | Selasa | Belum dilaksanakan. |
10. | 09 Disember 2025 | Selasa | Belum dilaksanakan. |
Nota i : Tiada penutupan berjadual pada bulan Februari dan Mac 2025.
Nota ii : Tarikh penutupan tertakluk kepada perubahan semasa.