WHISTLEBLOWING
PENDAHULUAN
Dalam usaha memartabatkan ketinggian integriti di SAINS, Unit Integriti dan Governans SAINS (“IGU”) telah ditubuhkan mulai 22 Julai 2020 dengan peranan merancang, melaksanakan, memantau dan mengkaji semua inisiatif dan program integriti secara bersepadu bagi mencapai matlamat SAINS dengan slogan “SAINS BEBAS TANPA RASUAH”.
Untuk itu, SAINS melalui IGU adalah komited dan dengan iltizam yang tinggi akan memastikan SAINS boleh bebas tanpa rasuah. Sebagai sebuah organisasi yang diamanahkan dengan peranan paling mencabar bagi membekalkan air terawat ke seluruh pelusuk Negeri Sembilan dan dengan akses kepada peruntukan yang begitu besar, SAINS tetap melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan telus, berwibawa dan berintegriti.
Dengan slogan “SAINS BEBAS TANPA RASUAH” sebarang salahguna kuasa, penyelewengan dan perlakuan rasuah akan dibendung dan dibanteras sehabis-habisnya. Tidak ada sebarang kompromi dan kelonggaran langkah dalam menghadapi perlakuan rasuah di SAINS.
Sebarang aktiviti yang mencurigakan, laporkan terus kepada:
Ketua Unit Integriti dan Governans
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd.
Tingkat 2, Kompleks PKNNS,
Persiaran S2 B2,
70300 Seremban, Negeri Sembilan
No. Telefon : 06-603 3531 / 3542
E-mel : alert@sainswater.com
* Pemberi Maklumat atau "Whistle Blowing" akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.