Tanggungjawab SAINS
Secara amnya, tanggungjawab SAINS adalah seperti berikut:
- Membekal air bersih dan terawat kepada seluruh pengguna di Negeri Sembilan sehingga ke unit meter pelanggan.
- Menyelenggara dan memastikan infrastruktur (contohnya, loji rawatan air, paip, kolam takungan dll) dan kualiti air yang dibekalkan memenuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh agensi-agensi kerajaan (contohnya Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Alam Sekitar dll).
- Mereka bentuk infrastruktur baru dan penambahbaikan operasi (contohnya penggantian paip-paip lama, pembinaan loji rawatan air baru dll).