• Utama
  • Notis Perlindungan Data Peribadi Pelanggan

Notis Perlindungan Data Peribadi Pelanggan

Notis Perlindungan Data Peribadi Pelanggan

Pelanggan yang dihargai,

Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (“SAINS”) adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709] yang telah mula berkuat kuasa pada 15 November 2013.

Kami, dengan ini, mengemukakan notis mengenai hak anda ke atas data peribadi anda yang telah diproses dan yang akan diterima dan diproses pada masa hadapan oleh pihak kami.

Tujuan

Data peribadi anda dikumpul, antara lain, bagi maksud seperti berikut:

(a) untuk menyediakan perkhidmatan bekalan air kepada anda ;
(b) untuk menyenggara sistem bekalan air;
(c) untuk memproses data air;
(d) untuk membaca meter dan mengeluarkan bil air kepada anda dan untuk mengutip caj perkhidmatan bekalan air;
(e) untuk menyenggara pangkalan data perkhidmatan pelanggan dan bagi apa-apa kegunaan perkhidmatan pelanggan;
(f) bagi maksud penyelidikan termasuk penyimpanan rekod sejarah dan statistik;
(g) untuk memenuhi keperluan perundangan dan statutori; dan
(h) untuk menyiasat aduan dan kesalahan.

Kami memerlukan data peribadi anda bagi maksud seperti yang dinyatakan di atas. Keengganan anda untuk membekalkan semua maklumat seperti yang diminta akan menyebabkan kami tidak dapat menyimpan rekod anda dengan lengkap dan boleh menjejaskan perkhidmatan yang akan diberikan kepada anda.

Pendedahan Data Peribadi Anda

Kami berkemungkinan akan mendedahkan data peribadi anda bagi tujuan seperti yang dinyatakan di atas kepada pihak-pihak berkaitan seperti berikut:

(a) ejen, kontraktor dan pemberi perkhidmatan (termasuk yang berada di luar negara) yang membekalkan perkhidmatan yang berkaitan dengan tujuan data peribadi tersebut dikumpul;
(b) pihak ketiga (termasuk yang berada di luar negara) yang membekalkan perkhidmatan pemprosesan data;
(c) peguam, agensi kutipan hutang dan agensi pelapor kredit yang dilantik oleh SAINS, dalam keadaan di mana terdapat keingkaran dalam pembayaran caj perkhidmatan bekalan air yang dikenakan oleh SAINS; dan
(d) mana-mana orang yang berada di bawah obligasi kerahsiaan yang telah memberikan akujanji untuk menyimpan data itu sebagai data sulit.
Kami juga mungkin akan mendedahkan data peribadi anda jika dikehendaki demikian oleh undang-undang secara niat baik, jika tindakan tersebut adalah perlu bagi:
(a) mematuhi kehendak mana-mana badan kawal selia, agensi penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah atau proses undang-undang; atau
(b) melindungi dan mempertahankan hak atau harta SAINS dan kakitangan SAINS.

Akses, Pembetulan dan Aduan

Jika anda ingin membuat sebarang permohonan untuk mengakses atau untuk membetulkan data peribadi anda atau mengemukakan pertanyaan dan aduan, anda boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data Peribadi kami seperti berikut:

E-mel :

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Telefon : 06-6033500

Faks : 06-6017515

Sebarang permohonan untuk mengakses atau untuk membetulkan data peribadi anda adalah tertakluk kepada pengenaan fi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709].

Jika anda memilih untuk mengehadkan hak kami untuk memproses data peribadi anda, anda boleh mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Pegawai Perlindungan Data Peribadi kami seperti yang dinyatakan di atas.

* Sekiranya terdapat sebarang perbezaan atau konflik antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia di dalam Notis Perlindungan Data Peribadi ini, versi Bahasa Inggeris hendaklah diterima dan diguna pakai.


Pengurusan SAINS

 

>> Muat Turun <<

Casino sites http://gbetting.co.uk/casino with welcome bonuses.